Untuk individu yang ingin membeli buku dengan harga diskaun.
Untuk individu yang ingin mendapatkan komisen sekiranya kawan-kawan ingin membeli buku.
Untuk pengendali laman web yang ingin mendapatkan komisen sekiranya pelayar laman ingin membeli buku.
Untuk pengusaha kecilan yang ingin mendapatkan stok buku dengan harga diskaun.
Berapa diskaun/komisen anda?
Komisen anda adalah RM0.50 untuk setiap RM10.00 harga buku.
Cara-cara penyertaan Program Rakan B3LIMA
Hantar emel ke isunik@b3lima.com dan nyatakan tajuk emel sebagai "Program Rakan B3LIMA".
Rakan ID (RID) akan diberikan untuk setiap emel yang diterima.
Gunakan kod pautan berikut dan gantikan nombor RID "B35AXXXX" dengan nombor Rakan ID anda.
http://b3lima.com/rakan.htm?RID=B35AXXXX
Bagaimana cara menggunakan kod pautan?
Sebagai pautan perkataan (text link) seperti dibawah, jika kod HTML boleh digunakan. Ubah "perkara anda" dengan perkataan yang bersesuaian dengan laman web anda.
Sebagai link biasa seperti berikut, jika kod HTML tidak boleh digunakan
http://b3lima.com/rakan.htm?RID=B35AXXXX
Dimanakah pautan kod HTML ini boleh diletakkan
Untuk individu boleh letakkan di Words Document atau emel anda
Jika anda punya laman social (facebook, myspace, sbg), boleh letakkan pautan di laman sosial anda
Jika anda punya laman web, letakkan pautan mengikut kesesuaian di laman web anda
Untuk pengusaha kecilan, bina laman web anda bersama kami percuma
Terma dan Peraturan
Pembelian perlulah dibuat di B3LIMA
Rakan ID (RID) hanya untuk setiap emel yang berdaftar sahaja. Anda boleh daftar lebih dari satu emel.
Pembelian mestilah terhasil dari lawatan yang bermula dari kod pautan anda.
Program ini hanya untuk individu yang mempunyai akaun bank tempatan Malaysia.
Komisen dan pembayaran
Komisen untuk setiap pembelian buku adalah RM0.50 untuk setiap RM10 harga buku yang dibeli.
Jualan tunai bermaksud bayaran adalah dibuat secara tunai kepada b3lima, termaksuk bayaran tunai untuk pembelian buku di b3lima/amazon.
Laporan secara bulanan, pada minggu terakhir, akan diberikan untuk mengetahui setatus komisen untuk Rakan ID.
Pembayaran akan dibuat sekiranya jumlah komisen melebehi RM50 untuk bulan tersebut, termasuk jumlah tertunggak yang dibawa dari bulan sebelumnya.
Tiada pembayaran akan dibuat untuk jumlah komisen kurang dari RM50.
Kadar komisen boleh berubah dan ditetapkan oleh B3LIMA. Pertukaran kadar komisen berkuatkuasa pada hari ianya dihebahkan kepada semua rakan ID melalui emel.
Komisen akan hanya dikira untuk penggunaan Rakan ID (RID) yang sah. Pastikan anda gunakan rakan ID yang betul.
Cara pembayaran komisen
Pembayaran akan dikira pada hari Isnin minggu terakhir setiap bulan.
Pembayaran adalah menggunakan cek. Untuk tujuan ini, emel akan dihantar untuk mendapatkan butir-butir peribadi seperti Nama Penuh, No Kad Pengenalan dan Alamat Surat Menyurat.
Pembayaran boleh juga secara terus (bank transfer) sekiranya anda membuat pilihan ini.
Semua pembayaran adalah dalam Ringgit Malaysia.
Hubungi Kami
Segala cadangan atau pertanyaan boleh dihantar ke isunik@b3lima.com.